IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

14 February 2011

14 FEBRUARI HARAM SAMBUT? aku nak jugak .


ha kann. mesti korang maki hamun aku kann? silakan. "munira ni, cam tut tut tut". ha, kau. sambung lagi. "munira ni xfaham ke syarak2, hukum ISLAM? cam tut tut tut". "xguna betol budak ni. patot boikot je. da nasihat xnak dengar. tut tut tut lagi".


HAHA dah? cukup? mari sini aku nak cakap. FINE ! memang aku degil, memang aku nak gak sambut 14 Februari tu. ape de hal? korang peduli ke, aku nak sambut 14 Februari tu? HAHA xsudah2 aku dapat maki hamun, ayat nak mintak kaki je. HAHA aku nak cerita kisahnye 14 Februari tu, SAYANGss. tu tarikh harijadi bapak aku. ha, memang aku xtipu punye.


SELAMAT HARI JADI kepada bapak aku. yang ke berapa ea? bapak aku lahir 1961. ha, kiraa lah sendivi. bapak aku, aku panggil abah. baru la napak sempoi dan cool. kan? xdela, xkira laa ape pun yang kita panggil, papi, daddy, ayah, abah, father, etc xkisah ! janji kita sayang beliau sehabes mungkin, sebanyak mungkin.



dan ingat, baik buruk ayah kita, beliau ialah ayah kita. ni, kita lahir dari benih ayah kita kan? jangan sombong, bongkak. maaflah, aku sangat sensitif cerita pasal abah aku. seriously, aku lebih sayang kan bapak aku. xtahu kenapa, aku sangat lah xsuka, tengok anak2 yang ada hubungan dingin ngan bapak dia. sedangkan, hanya selisih perkara yang ALAHAI, remeh, kicik punye hal.


maaflah kalau aku menyinggung mana2 pihak. tapi sumpah aku sayang aku, lebih dari apa2. beliau pelindung terhebat kami, perlindungan, ilmu dunia dan akhirat, kewangan, makan pakai, semua cukup. walaupun xmewah, tapi aku rasa syukur sangat. terima kasih abah :)


aku banyak bebel pasal abah aku arini. sebab aku nak bagitahu, 
KELEMAHAN AKU, IALAH ABAH AKU
aku sangat sensitif bilaa abah aku cerita pasal kerja abah aku. sumber rezeki abah aku. satu-satunya periuk nasi keluarga aku.



aku pernah nanges disebabkan hal ni. 3hari. sebelum tidur je, mesti aku nanges. benda ni jadi waktu aku sem1. yang sebelumnya aku sangat la dingin ngan bapak aku. xde sebab apa2, cuma aku lebih banyak habeskan masa ngan mak aku, berbanding abah aku.


sejak dari peristiwa HITAM tu, aku lebih memlilih kawan. sungguh. aku tahu, mungkin dia xsengaja, tapi dengan memaki hamun karier yang berkaitan bapak aku, sangat la buat aku PANGKAH dia sampai sekarang. abah aku bekrja sebagai POLIS sejak beliau 18tahun.


beliau xpernah mengabaikan kami, dan beliau sentiasa meningkatkan tahap kerjaya beliau dari setahun ke setahun, sampai sekarang, beliau menjadi seorang yang sangat aku kagumi. berkenaan apa yang aku ceritakan pasal kawan aku tadi, aku tahu, korang paham ape yang aku cuba sampaikan.



aku tahu ramai yang beranggapan negatif terhadap polis. aku tahu, dan aku paham. semua disebabkan pengalaman yang dorang terima. tapi ingat lah, bukan semua. abah aku seorang yang beragama. buktinya, kami sekeluarga bahagia sehingga hari ini, alhamdulillah dengan izin ALLAH :)

dan aku selalu berpegang pada kata-kata yang mengatakan, kehidupan yang baik, datangnya dari sumber rezeki yang halal.kann? alhamdulillah, dan ingatlah ye,, sayang la abah kita. dan pada 14 Februari ini, aku bersyukur sebab masih lagi dapat bersama abah yang aku sayang. gila-gila. nak mati punye sayang. nak mampus. *lebih.


p/s ; abah aku sangat marah bila kami adik beradik ingat tarikh hari jadi beliau disebabkan tarikh ni.