IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

22 February 2011

so Malaysian


hye bloggers , readers :)

 terima kasih sebab datang lagi ke blog aku. korang ade tengok berita tak semalam? pasal ikan paus mati 107 ekor kat persisiran pantai di WELLINGTON. gilaa dasyat kan? abah aku kata, dorang wat rusuhan. entah. *mestila takk kan ! dan hari ini, korang ada tengok berita takk pasal gempa bumi kat new zealand? 65 orang maut. 





ape persamaan dua peristiwa ni? yeah, pandai pun korang. tempat yang sama. ia terjadi kat new zealand. aku rujuk SINI untuk ikan paus tu. dan SINI untuk gempa bumi tu. xyah susah2 korang nak gerak dari PC, kann? aku memudahkan korang je :)


okayy, berbalik pada tajuk post aku, kali ni aku nak cerita pasal 
sikap rakyat malaysia


sama ada budak kecik, remaja, orang dewasa dan orang tua. benda yang aku nak list kan kejap lagi adalah dari penglihatan aku sepanjang aku hidup kat dunia ni selama 19 tahun setengah setengah .


aku cakap aku nak list kan pasal sikap rakyat malaysia kan? eyh, korang lupe ke yang korang hidup dalam bumi MALAYSIA? bapak kejam. xpe. sini aku nak ingatkan orang yang xingat tu, dengan sikap2 kat bawah ni ;



  • tak professional - mak ayah MALAYSIA ni kerap kali aku tengok suke marah anak-anak kat depan orang ramai. e'ele. . 
  • takde rasional - langsung xhormati pengguna jalan raya. contoh, xbagi signal, dan terus masuk mana-mana simpang yang die suke. macam laa jalan kat MALAYSIA ni, bapak dorang punye.
  • bongkak - budak kecik yang hidup terlalu mewah. buang duit syiling dalam longkang. bila di tanya kenapa ; "mak ayah saya xpernah bagi saya duit macam ni" what the,,,,,,,,, !
  • kurang budi bahasa - bahasa macam xbole nak lembut lagi. sume pun nak maki hamun. walaupun hanya kerana sebijik kueh.

*hokey2. len kali kalo wa nak curik ikan, wa bagitaw lu dulu, bro. tolonglah jangan tembek wa, bro. chill.

  • tak berperikeBINATANGan - yela pun, boleh dibaling nya baldi berisi air kat sekor anjing. padahal anjing tu tengah ilek je duk bawah pokok. aku pelik.
  • tak berperikeKAMBINGan -  bole ko nak hon kambeng yang kat tepi jalan yang tengah pandang kiri kanan nak lintas jalan? ape dehal minah oi. naseb bek kambeng tu xmelatah.
  • kerek - muke nak tebek je pandang aku. asal ea? ohh ko lawa sangat? bole. buatlah muke belacan ko tu sampai lebam.
  • takde sivil - memang awak sorang jela ada moto kat dunia ni. nak press minyak bagai sekuat alam bunyi eksos moto tu. xcukup lagi, ko bole tahan buat camtu 2minit. aish.

*apa? dilarang TAK membuang sampah kat sini? alaa. dose ke kalo i tak buang kat sini?

  • tak paham bahasa - jangan buang sampah di sini. bole la satu malaysia nak longgok sampah bawah tu. mungkin kita kena letak dalam 15 bahasa baru boleh terima dek otak kan? :)
  • hormat tadak - bagi la chance kat orang tua tu dulu, cik abang, cik kak. kot ye pun marah dengan peringkat yang jalan slow ni, xperlu rasanye tunjuk protes dengan jeling kat dorang kan? 


sebenarnye banyak lagi. bukan lagi, tapi banyak gilaa. cumenye aku dapat fikirkan benda ni je wat masa ni. kot2 korang ade, yang 15tahun lepas punye dendam xterurai lagi dengan mana-mana orang kat MALAYSIA ni,, haa, sila lah tambah. HAHA okayy bye.



p/s ; pendidikan awal semuanya bermula dari rumah. 
kebesaran sesebuah rumah langsung TIDAK 
melambangkan kebesaran pendidikan yang orang tu terima 
sama ada dari segi rohani jasmani dan akhlak :)