IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

25 February 2011

simple pizza roti.


READERS (:

hari ni aku nak bukak entri pasal keperempuanan. aw aw. blom lagi kan aku menge'post' mengenai masak-masak ni. korang, malu weyy,, aritu aku masuk blog MAMAT ni, aku ade ternampak perkataan RESEPI BUJANG kat atas2 tu. *alaa, yang ada HOME, ABOUT ME bagai tu.


e'elee, bajet-bajet je ko kann. comel la tu, blog laki ada resepi2?  HAHA okayy, aku tak nak ngutuk ko. ko otai, nak kena lesing le kalo aku kutuk ko. aku cume tabik ko laa bro. serius ni. sebab aku suke tengok laki cerita pasal masak2 ni :)


dah, bukan die sorang je reti masak. aku pun reti la weyy. kikiki, dah2 jangan nak marah aku, entri kali ni bukan sebab nak berbalas rusuhan sesama blogger, tapi aku nak share resepi yang aku wat tadi. aku pun xreti nak bagi nama apa, 


tapi tadi aku bawak pegi opis, dorang cakap piza. so, ade la rupe cam piza kann. dan bukan lempeng. jauh skali bubur cha-cha. bukan juga kuih cobadak. makanya aku amek keputusan, nak namakannya sebagai ; 


PIZZA ROTI JUMBO YANG DICARIK-CARIK RAKSASA KASI LUMAT DICAMPUR TELUR DENGAN BLACK PEPPER. 
okayy bye.


mula- mula goreng terlebih dahulu guna kuali bentuk bulat *ada telinga ke, takde ke, tak kesah ;

  • kentang ( dipotong dadu. comel2,, kalo tak comel, buang,, pastu potong lagi, tak comel lagi, buang lagi,, buat la sampai lebam, sampai comel )
  • daging burger ( aku guna burger ramli,, *camne tah eja nye. tapi cap lain pun bole guna, cumenye takde umphh laa . cap osman, mungkin. PUNN BOLEYY  )
  • sosej ( potong nipis. jangan masuk sebatang-sebatang plak *erk )
  • bawang besar ( ade pun bawak besar tu kecik. bantut. PUNN BOLEYY, potong kecik2 cam potong kentang tadi )
  • *optional ; sayur campur ( yang peket jual kat tesko ngan jayen. kat bilion pun ade, speedmart pun ada ! savemore pun . kedai wak seman pun ade. ade ade. confirm )

kumpul semua yang dah di goreng tadi, masuk laa dalam loyang :) nahh, kann comel tu.


---------------------------------------------------------------------------

bahan-bahan lain yang di asingkan lebih kurang 2meter dari loyang kat atas ni ialah, 
jeng jeng jeng ;



  • roti jumbo, ( jenama gardenia yang aku prefer, sebab macam ada manis-manis gitu. dan percaya la, kalo kentut pun tak busuk. *roti lain, bole wat kentut kite busuk taw. okayy bye)
  • cili benggala ( potong kecik2,, amek la yang wane wani sikit. tadi aku cekau dalam peti es ade due wane je. ijo ngan kunen. jadi laa. korang nak tanam sendiri PUNN BOLEYY. *untuk penyeri je ni. kasi piza kite nampak comel )
  • telur ( yang ni agak2 ye, pastikan korang nye roti tadi basah keseluruhannya taw. kalo tak basah, buang *tambah telur dah le, kak enon. nak buang2 plak. membazir no13 ko ni kan, MUNIRA )
  • okayy yang telur tadi tu, aku prefer korang belender guna batu lesung. letak le black pepper sikit. bagi rase masam-masam sikit ;D 


 
aku memang seorang pemalu yang rajin. sape nak kawen ngan aku? mari mari mari. dapat piza taw .


da siap kedua-dua bahan tadi, kita rapatkan jurang 2meter antara mereka, biar mereka saling kenal mengenali. tukar-tukar no telefon. gossip-gossip *sesat jauh dah ni !


campur kan kesemua bahan tadi, dan dan dan comel-comel kite gaul, kasi semua sebati dan rata. op op op ! bukan semua, cili benggala tadi, ketepikan dulu, sebab hiasan kan :) bila da siap gaul, korang g lari comel-comel kat kabinet dapur korang, laju2 cekau marjerin,, 


ha, pastu dengan ayunye korang tempek le kat tray oven *dan yang sewaktu dengannye,. ate bior le senang sikit nak naggey kan bila da masak nanti kann? pastu korang tempek plak adunan yang korang gaul tadi. haa, da kemeh2, korang tabur cili benggala dengan gaye chef wan.


dah tu, korang cepat-cepat p amek mayonis ngan sos cili, wat la bulatan ke, bintang-bintang ke, bentuk siput ke,, nak wat lambang mercedes PUNN BOLEYY :) okayy siap untuk dibakar dalam oven ;




 berdiri tegak lah anda depan oven untuk melihat tumbesaran piza yang memberangsangkan. ambil la gambar sebagai kenang-kenangan. ingat jangan lelama weyy. 20minit, cukup ! siap. senangg .


OKAYY BYE