IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

27 February 2011

penampar abah aku sedap :) rasa oghen.


sayanggss,

aku memang ayu, kacak, bergaya lagi segak,, tapi sape tahu, muke aku ni penah kena penampo. ya ya ya, gelakkan la aku. aku tahu, korang pun penah rase. ngan bapak, daddy , abi, abah, ayah , papito korang sendiri ! eleh, jangan nak geleng bagai. aku tahu tu.


dulu waktu aku kecik, aku sangat la periang, mesra makcek dan PELAMAS. yang terakhir tu, haa, yang terakhir tu, bukan dulu je, sampai sekarang penyakit tu ada. kikikiki. sape kenal aku, tahu laa. kan kan ? ;D okayy menyimpang. 


gambar hiasan. cerita masih panjang. korangg jangan muntah lagi. HAHA


terserlah keLAMASan aku bila prestasi pelajaran aku makin jatuh, lepas habes tadika. yela pun, balik sekolah pagi je, pegi sekolah petang. sekolah agama. dan yang ni takk boleh blaa,, AKU PERGI SEKOLAH, SEMATA-MATA KERANA MAKANAN KAT SEKOLAH SANGAT LAH SEDAP.


sama ada sekolah agama, ataupun sekolah kebangsaan. weyy, serius best makanan kat kantin. semua sedap-sedap ! haa, tu la pasal nye pun badan aku membulat bulat dan bulat sampai habes sekolah rendah. HAHA okayy, aku tipu, sampai sekarang sebenonye
 -_____________-


bila badan da bulat, belajar pun malas. bila belajar pun lamas, result exam suma cam haremmmmmmmm. harem tak harem, meh aku cite, BM, BI, MATH, AGAMA aku, tak pernah merasa A. haa, memang malu laa mak pak aku. ye, aku anak memang anak yang kejam. hohoho.


tapi aku langsung tak mengalah ngan mak pak aku. nak enjoy sangat jadi budak2, balik skola agama, dengan kain hijau nye lagi, aku pun men la beskey satu taman. yihahhhh ! kembang2 rambut aku, aku mengayuh beskey. memang comel aku waktu tu, ramai orang sewit2 kat aku.


tapi aku tak layan, jual mahal. tu satu je yang mak pak aku aja, aku ikut,. yang lain, TAKKKKK ! haha. da macam tu hari2, selama dua tahun lepas habes tadika. jangan ingat SM SAJUTI berdiam diri. dengan bergelak ketawa ngan akak aku, LALALA~ KAMI DA BALIK,


vraaapp. *bunyik abah aku baling ketas, atas meja. HAAA, BANYAK SANGAT MAIN, KO TENGOK, APE YANG KO DAPAT, NIAAA ! bapak aku meraung. rawrr ! tercabut syiling umah aku. aku tak goyang pun. anak kuajo, camni laa. aku lagi marah, ade la. okayy aku tipu. aku nanges.


sejak dari tu, abah aku mula menjadi teroris. balik sekolah, masuk bilik, BELAJAR. buat kerja sekolah. dan setiap malam, abah aku akan cek beg kami, kot2 ada bawak dadah ke, shabu ke,, HAHA takk laa weyy, bapak aku cek buku. APE LA YANG ANAK AKU BAWAK PEGI SEKOLAH YANG SAMPAI BENGAP TAK SUDAH NI?


er er aku lupe. aku lupe. mampus tak makan nasik seminggu *ko pikir ko kucen?


nahh, setiap sabtu ahad plak, bapak aku akan pegang rotan, dan suh kami hafal sifir. muka ngadap dinding, tangan kat belakang. tak boleh gerak ! HAHA klaka kann. gila teroris bapak aku. ade la gerak sikit2 tangan tu. piangggg ! kena sebijik. padan muke aku,


korang ingat aku ikut cakap bapak aku, belajar dalam bilik? TAKKAN !. HAHA aku main tanah liat. gentel2. buat castle, walaupun tak jadi, tapi aku puas hati sangat, sebab dapat melawan bapak aku. HAHA tiba-tiba, tengah best gelak sorang-sorang cam setan,,,,,,,,,,,,,,, bapak aku masuk bilik daaaaaa.



panggg !
setempek kena kat pipi aku. haa, kau. waktu tu aku darjah tiga. HAHA memang best weyy. memang layak le bapak aku jadi polis. tahniah, abah. nia bangga ngan abah. kikiki . *aku perli sebenarnye. haa nyahh, sejak tu, mak rase, mak kena belajar rajin2. sebabnye, aku tak nak dapat penampo bapak aku . walaupun sedap :)


dan sekarang. sekarang, ABAHH, NIA DAH NAK HABES BELAJAR TAWW. padahal ada lagi dua sem. HAHA. alhamdulillah, bukan nak belagak laa. tapi memang aku nak belagak. yang aku penah la dapat dekan. HAHA gila bongkak. kikiki, okayy da habes cite aku.


BYE :)