IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

21 February 2011

saya nak laki yang macam abah saya :')




abah. aku panggil ayah aku, ABAH :) korang? aku sayang abah aku. sangat2. aku memang xleh hidup tanpa abah aku. serius. aku pernah berkawan ngan orang yang xnak balik rumah semata2 sebab ayah dia kat umah. kenapa sampai macam tu? 


bila aku tanya, sebabnya ; 'kitorang jarang bercakap, so kalo ayah aku xde kat umah pun, aku xkesah' sampai macam tu sekali? eish. astaghfirullah al azim. xpela. lain orang lain perangai nye kan. sume pun xleh nak sama. kalo tak, xde la ciptanya dosa pahala, syurga neraka. kan kan ?


pada satu malam tu, aku, mak aku, ngan adik aku, duduk kat verandah duk atas kusen wane ijo. cerita pasal satu topik. sampai sekarang aku ingat diolag2 kami ;


abah aku ; nia, abah xkesah kalo pun menantu abah nanti driver lori ke, bus ke, keje kilang ke, yang penting die jaga solat, dan ibadah sampingan dia.

aku ; abah,. abah xboleh macam tu. susah nak dapat laki macam tu sekarang, bah. lagipun abah bukan dari muda macam ni kan? HEHEHEHE

abah aku ; dulu lain, sekarang lain. abah da berdoa. abah harap korang dapat yang macam tu. sekarang terpulang kat korang plak. abah dah buat yang terbaik untuk anak-anak abah. 

aku ; nak senang, abah jela yang carikkan. HAHA

abah aku ; gelak plak. abah cakap benda betul. abah nak ko jangan main redah je kawan entah mana-mana laki. paham?

aku ; yelahh abah. nia plak xkesah laki tu macam mana pun, janji die boleh hormat mak abah nia. cukup tu je yang nia nak. 


abah aku xpernah seserius malam tu. akak aku xde. kalo die ade, mesti die gelakkan abah aku. tapi kenapa? yela, sebab walaupun abah aku garang, jarang2 abah aku nak cerita pasal benda serius ni kat kami. mungkin abah aku rasa da tiba masanya :)



tapi apa kena mengena post title aku ngan sume benda yang aku bebel dari tadi. laa, korang xfaham lagi? emm aku just nak gitaw, aku nak laki aku macam ayah aku. bukan sebab fizikalnya la, kawan2. haram tu. tapi sebab hatinya, jiwa nya, dan akidahnya.



ape peratus jaminan yang aku akan dapat laki yang macam abah aku? padahal abah aku bukanlah sebegitu sejak dari muda. ada lagi ke manusia yang akan aku dapat macam abah aku tu? layak ke aku ngan orang yang macam abah aku nak?*doa jela MUNIRA. bukan sikit. tapi doa sampai lebam.



okayy ! dan aku berdoa untuk dapat jodoh yang baik2 sejak form1. korang percaya tak? ustazah aku yang aja. dan aku percaya, ALLAH itu MAHA ADIL. kat mana lagi kita nak meminta kalo bukan kat DIA , kan? insyaALLAH sebab DOA kan senjata orang ISLAM :) kan kan?


p/s ; family aku panggil aku nia. tu saja. okayy bye.