IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

22 March 2011

AKU BENCI ROKOK



AKU BENCI ROKOK



hye korang. dengan bangga nye aku nak bagitahu yang aku join segmen abang BEN kite. kenapa baru sekarang? sebab waktu ni aku tengah terluang sambil tunggu lunch,, so aku pe lagi kann, join jela. heh. perlu bangga tahu, okayy sikit je.



rokok dah mahal kan sekarang? yela pun, kerajaan bajet nak kurangkan bilangan perokok kat MALAYSIA ni. korang agak2 dah berkurangan ke? no wayy ! aku rase same je. yang tak merokok tu, bukan berubah laa, dah memang asalnye dorang tak merokok okayy.



KENAPA AKU BENCI ROKOK ?



emm. panjang cerita nye. cerita pasal abah tercinta aku. aku sangat benci rokok sebab rokok penyebab abah aku sakit. rokok yang menghabeskan duit abah aku. rokok punca kami hidup susah. ye, memang salahnye abah aku, kalo takde rokok dalam dunia, mungkin tak abah aku nak bako2 duit die?



takkan? abah aku sememangnye perokok tegar. sehari mampu mencecah 40 kotak. percayelah ! beliau merokok dari usia 18tahun. sehingga 4tahun lepas, baru la ALLAH tunjukkan cara nak bagi beliau berhenti merokok. caranye, abah aku jatuh sakit. agak teruk. ditahan di hospital selama 2minggu.



salur jantung nye tersumbat. sebenarnye doktor mengatakan punca lain, tapi aku yakin, kalau umor abah aku waktu 4tahun lepas ialah 46tahun, bayangkan berapa lama abah aku menjadikan rokok tu makanan beliau? beliau ade inisiatif nak berhenti merokok, tapi orang cakap, bila perokok ni dah terpisah dari CANDU kesayangan mereka, hangin nye tu, SUBHANALLAH, sampai kan kami tak tahu nak cakap camne. tak boleh kawal. sampai kan taknak duk rumah.



tapi tu dulu. dan mulai saat abah aku diserang penyakit yang dikira penyakit jantung tu, aku benci rokok. perokok. dan mestilah MEROKOK jugak. mintak jauh laa. dan adik aku pun penah terjebak. tapi tak lame, disebabkan abah aku mula menitiskan air mata tanda keciwa sangat ngan adik aku.
lepas dari tu, die berhenti dah. alhamdulillah



PESANAN UNTUK PEROKOK, BAKAL MEROKOK DAN PENDAPAT PASAL PEROKOK ;



dan untuk si PEROKOK kat luar sane tu, same ade tegar ataupun tak, aku harap, korang pikir masa depan. anak-anak dan isteri-isteri korang. nahh, dah la merokok, ade hati nak kawen banyak. lempang nak?



korang bakar duit weyy, duit. tolonglah simpan duit tu untuk mak pak korang p umrah ke. ade la manfaat sikit. tak susah berhenti rokok ni. senang. serius. korang kena busykan diri korang, pastu mesti dapat peroleh kejayaan nye kelak ! yeay !
*bajet menteri aku ni,


yang ade hati nak merokok tu. emm, takpelah. korang rase la dulu k. kesian plak aku tengok. boleh tak camtu saranan aku? HAHA tak bolehh. tak perlu merokok. buang mase je. ingat MACHO ke merokok tu ? LANGSUNG TAKKK ! honestly.



aku pun pernah berkawan rapat dengan lelaki perokok. but then, sory kawan,, aku tak suke hidup ngan pemusnah mase depan aku. even as a friend, aku jadi terSUBAHAT plak nanti. lelaki perokok MULUT BUSUK. serius ni. aku tahu laa, bapak aku perokok.



dan kesihatan nye tak terjaga, malahan kulitnya tak cantek. heyy, aku tahu laa, abah aku kan perokok :") dulu la tapi. dan sekarang kami dengan bahagia nye tinggal bersama. keluarga bahagia. ALHAMDULILLAH hidup bebas dari rokok :)



maaf ye kalo ade menyinggung mana-mana pihak.
 niat hanya memberi pendapat :)