IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

06 March 2011

duit ohh duit (kuasa pengguna)


aku ; mintak saya nasi ambang ye. tapi taknak ayam

penjual ; okayy, nak berapa?

aku ; bungkus dua.

penjual ; okayy sekejap ye .

aku ; aik, kenapa lauk2nya tak balance? kenapa kelapanya sikit?

penjual ; kelapanya tinggal banyak ni je, kak. so, kami kena hadkan.

aku ; ha? 

penjual ; tadi kami dah hantar banyak order ke shah alam, so lauk kami tinggal banyak ni je. yang su'un banyak, kelapa sikit, so kami kena kawal.

aku ; !@#$%^&*(^%$#@!

------------------------------------------------------------------------------

hai bloggers, readers ;


korang pernah makan nasi ambang? iyee, nasi ambang tu asalnya orang jawa punya makanan. kebiasaanya nasi ni dimakan beramai-ramai. sebab disediakan dalam kuantiti yang banyak. kalau macam kalangan famili aku, nasi ambang ni dihidangkan waktu kenduri.


disebabkan peredaran masa, ramai orang dah mula suka kat nasi ambang ni. lauk biasanya dicampur sekali dengan nasi. sedap taw ! *ye, semua pun sedap aku ni ;p korang tak pernah tengok rupa bentuk nasi ambang? meh aku tunjukkan ;




nahh. aku selalu makan nasi ni waktu weekend. tak mahal, RM4 je. tapi,,,,,,,,,, semalam aku beli, RM3 sahaja. mengapa? mungkin penjual tu nampak muka tidak puas hati aku lepas dari melontarkan suara macam dialog kat atas tu.


ye, aku memang seorang yang cerewet. tahu mengapa? sebab sekarang duit bukannya turun dari langit. sebab aku tahu macam mana susahnya mak pak aku nak dapat duit. makanya aku tak suka bila aku keluarkan duit dan tak dapat yang sepatotnya.


tu tabiat dan perangai aku. aku nak tanya sikit, macam hal dalam dialog kat atas tu, patot ke penjual tu memberi alasan macam tu? ayat yang sepatotnya aku jawab balik kepada penjual tu ialah ;


heyy, kejap. masalah kami ke stok makanan awak tinggal sikit? sedangkan kami bayar pada jumlah yang sama .


tapi disebabkan aku tahu yang satu hari nanti aku akan datang balik ke kedai tu, aku hanya diam, dan macam biasa, muka annoying mesti aku buat. sudahnya, hasilnya, dapat aku harga kurang RM1 dari minggu lepas. HAHA. wait, aku tak marah, dan bukan niat tulis entri ni, nak mengaibkan dorang,


tapi aku nak share pendapat tentang ;


CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT.


korang mesti pernah dengar ni. dan aku sendiri sangat berpegang kat prinsip ni. kan aku pernah bagitahu korang yang aku nak share pasal cara aku berbelanja. saja-saja je. sebab ada segelintir kawan aku cakap, yang aku ni pandai urus duit *kott,



first, yang selalu aku titik beratkan setiap kali keluar untuk pergi beli barang, ialah kuasa aku sebagai pengguna. aku praktikkan hanya bila masa aku banyak untuk membeli dan aku tak terdesak untuk sesuatu barang tu.


ada faham kaa? HAHA , maksud aku,, kita sebagai pengguna boleh praktikkan cara ni, bila masa nak beli something yang kita rasa


ohh, ada masa lagi nak survey tempat lain. bukan terdesak sangat nak guna pun :)


ha, gitu la maksud aku. tapi bila da waktu emergency, tak payah guna pun takpe. tapi kalau cekap sangat, sangat-sangat la digalakkan. bukan apa, kalau pun kita ni tidur atas emas, kita sayangkan duit kita kann? aku ye ! aku sayang sangat duit aku.


dan sebab tu laa, kita digalakkan untuk survey barang, kalau ada 15 kedai jual benda yang sama, memadai la kita survey 3kedai. paling kurang pun dua. kann? dari situ, mungkin kita save 20sen or seringgit. heyy, DUIT JUGAK TU TAW !





kat situ la kita boleh guna kuasa kita sebagai pengguna. dorang tak boleh nak halang kita , paksa kita beli kat kedai dorang,, sedangkan ada tempat yang jual lagi murah dari tu. kann? macam aku pernah tulis entri pasal WATSONS vs GUARDIAN. korang pernah baca? blom? nahh, kat SINI :)


jadi kita sebagai pengguna/pembeli,, kita patot tahu yang kita berkuasa dalam pembelian barangan. ingat, kat sini aku nak bold kan ;


  • kuasa memilih - kita ada hak nak pilih kedai/barang mana.
  • kuasa membeli - ini kuasa besar kita sebagai pengguna/pembeli. duit kita, hak kita, kann? ingat, jangan mudah tertipu !
  • kuasa bersuara - jangan diam je bila kita tak dapat apa yang sepadan dengan bayaran yang kita buat . cakap, cakap.
  • kuasa atromen - nahh, fire je kedai yang mahal bebeno tu !


p/s ; aku pun tak tahu ape yang aku taip. maaf. bosan.


okayy bye