IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

04 March 2011

no money, no talk.



girls, boys :)


kawan? aku tadak la kawan ramai bebeno weyy, tapi boleh la kalau nak di ajak bersembang dan lepak-lepak. buat masa ni, aku ada kawan rapat sorang laa. bagi aku, rapat laa, sebab kalau waktu kelass, kitorang p mana-man berdua je. kalau nak p beli barang kaa, ape-ape kaa, mesti same-same,,,


kadang-kadang ada gak aku nampak muke meluat tengok kitorang. kalau nak bahan orang, pun kitorang hebat. sory, aku tulis ni sebab aku rindu gilaa kat die. dulu kann, sebelum aku ada blog, aku suke baca blog orang yang bagi penghargaan kat kawan-kawan dorang.


cool,, bukan2 , tp sangat cool sebenarnye. cuba korang bayangkan kalau kawan korang tulis pasal korang dalam blog. gila terharu kann? suke la tu, suke la tu. kikiki. dah dah. sebenarnye aku bukan nak update pasal kawan. cumanya, kawan aku yang sorang ni penah la tegur aku, pasal duit.


duit,, aku sayang gila kat duit aku. serius ni. dorang kadang-kadang ada jugak cakap yang aku ni kedekut nak keluar kan duit untuk diri sendiri. memang. sape yang kenal aku, die tahu camne cara aku berbelanja. dan bila tiba masa aku keluarkan duit dengan senang lenang nye, jangan la korang kata aku boros.




tabiat aku, menyimpan duit pada setiap awal minggu. means, setiap hari isnin, selasa, rabu, dan khamis, aku akan berjimat cermat sehabes mungkin untuk membelanjakan duit aku tu. dan macam budak-budak rumah aku, kadang-kadang dorang dah terbiasa bila aku cakap yang aku taknak keluar bila dorang ajak dalam masa tiga hari yang aku sebut tu,,


seriously,, aku ni bukan la anak orang kaya. miskin. rumah atap nipah, dinding guna zink, lantai tanah merah *over. tapi aku memang bukan dilahirkan dalam keluarga yang berada. so aku dah terbiasa makan biasa-biasa saja. mamak, lagi la aku suke !


kawan aku tu pernah jugak cakap yang dia suka bila keluar shopping ngan aku, sebabnya aku ni memang tak suka buang masa kat tempat yang aku tahu aku takkan beli tu, sama ada sekarang, ataupun akan datang. contoh laa, BUTIK ZARA *betol ke tah aku eja ni


so, kalau aku termasuk kat butik tu, aku tersesat.ye, GPS aku rosak. HAHA  bila agak-agak dia nak beli barang mengarut, aku cakap ; 


ni keinginan ke, keperluan?


lepas tu terus dia tak jadi beli. nampak sangat nafsu lebih-lebih. HAHA aku tahu perangai dia, tu yang aku tanya. dan korang kalau tengok lifestyle aku pun, biasa-biasa je. fon aku plak? murah je, yang jenis hardcore. tahan lasak. campak kat anjing, anjing pun mati, HAHA. nahh ; 


ini lah fon kesayangan aku yang dah berapa minggu tak berbunyi. aku mahukan kekasih . 
mahukannn ! *desperate. HAHA



ni je yang aku mampu beli. ada gak abah aku nak offer beli fon baru, mak aku pun macam tu jugak. di suruhnya beli fon yang ada GPS,, katenye 


senang nak p mana-mana, takde laa sesat, kann?


ye, tapi aku dah biasa pakai fon murah gitu, aku rasa macam takut nak guna barang mahal-mahal. tambah lagi kalau bukan guna duit aku sendiri. dan dan disebabkan itulah budak-budak rumah aku dah pandai, yang dorang akan ajak aku keluar hari jumaat ataupun weekend. ececeh *tetibe cite pasal lain, HAHA. 



dan kepada sesiapa yang memang nak kan tips berjimat cermat. nanti ada masa entri akan datang, aku ajarkan. duk merapu cerita pasal life hari-hari, bosan jugak kan. nanti aku update ea. memang aku suke cerita pasal duit-duit ni. kikiki,


bye.