IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

01 April 2011

bukan susah pun maintain dan jaga blog

okayy kali ni aku nak share something yang aku tahu. korang tahu tak yang kita kena selalu maintain blog kita untuk mengelakkan follower kita unfollow kita? dan korang tahu tak camne nak jaga blog kita bagi daboom dan best best eva?



look, aku bukan lah blogger otai yang dah lama berkecimpung dalam dunia blog ni. tapi sejak aku kenal dengan MACEK ni, kiranya aku belajar banyak cara-cara berblogging. termasuk lah menjaga trafik, menjaga follower, dan mejaga keseluruhan blog.



  • pantau trafik blog :


untuk pengetahuan korang, bagi menjaga trafik blog kita supaya sentiasa berada dalam keadaan stabil, normal dan sentiasa mahukan peningkatan dari sehari ke sehari, korang kena pastikan blog korang UPDATE SELALU. kalo boleh, dalam sehari tu, update la DUA @ TIGA kali. paling cikai pun, update la sehari sekali. JANGAN sesekali biarkan blog korang 'mati' @ 'diam' selama beberapa hari. dengan cara ni, readers takkan rasa boring ngan blog korang. camne nak check trafik? jom aku tunjuk ;






dengan cara selalu mengupdate details dari STATS blog korang ni, korang boleh tahu ada orang tag korang apabila tetibe wujudnya entah mane2 URL blog yang terselit kat situ,, sebab dalam dunia blog ni, kita tak kenal pun sape,, kadang2 masuk contest pun, orang tu main tag je kita. tapi mereka juga salah satu penyumbang trafik blog kita. okayy ni aku akan cerita dalam entri akan datang. 



berbalik pada tajuk ni, kat STATS bahagian TRAFFIC SOURCES ni, kita boleh check yang untuk in a DAY, WEEK, MONTH, ALL TIME punye trafik. mungkin dengan cara ni jugak, boleh meningkatkan semangat kita untuk terus berblog. yeah ! tetibe semangat habes.




  • susunan blog :


okayy yang ni bagi aku penting jugak. aku rasa dengan menjaga perkara ni la yang buat kita punya blog orang suka. susunan blog merupakan identiti kita sebagai owner blog. kalau kita ni jenis cepat boring, kita mesti nak blog kita orang tak boring bila datang jengah. so, korang boleh cuba ubah susunan gadget. tak pun warna font. lagi bagus, ubah template *kalau rajin. tapi perkara ni tak boleh la dibuat selalu. takot nanti readers cakap yang kita takde identiti sendiri plak :)



  • tahu citarasa readers :


yang ni paling penting. kalau korang ni jenis yang berblogging untuk dijadikan sumber pendapatan sepenuhnya, melalui pengiklanan NUFFNANG, CHURPCHURP bagai, korang kena menitiberatkan perkara ni. korang kena selalu survey citarasa readers dan followers korang mengenai blog korang sendiri. sebab tak semua yang kita tulis orang suka baca. so, korang kena check apa sebenarnya yang readers korang nak dari blog korang. camne? tengok ni ;






sekali lagi, fungsi STATS kat dashboard tu diguna pakai. bukan la nak cakap pasal citarasa blog sangat. pada pandangan aku sendiri, kita berblog ni, kita kena pandai trick orang @ readers untuk masuk jengah blog kita. maksud aku, TITLE POST kita. kena havoc. er er hebat la maksud aku. tapi kalau boleh jangan la title post lari jauh dari isi dalam entri tu plak. so, bila kita check kat sini, kita boleh agak, apa yang sebenarnya readers punya citarasa. okayy, pasal readers ni, kalau sempat aku akan cerita dalam entri akan datang. *kalau ade sambutan



so, secara kesimpulannya, aku nak ajak korang ramai2, yang nak jadi blogger tegar, dan masih tak tahu, apa guna nya STATS kat dashboard blog korang tu, MANFAAT kan mulai sekarang. aku hanya berkongsi apa yang aku tahu, untuk aku cerita pada yang masih tak tahu,, bagi yang dah tahu, jangan la boo aku. support la sikit. member2 . hehe thats all :)



OKAYYBYE



blog(s) kat bawah ni antara yang terlibat dalam penyumbang trafik HARIAN, MINGGUAN, BULANAN dan ALL TIME *tak tahu apa bahasa melayunya blog picisan aku ni ;









p/s ; aku mula daftar blogger ni, november2010 dan mula bergiat aktif januari2011. merangkak lagi :)