IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

02 April 2011

siapa kata blogger tak pandai?!



memandangkan kekadang ramai orang pandang rendah kat kemampuan seorang manusia bergelar blogger untuk belajar dan mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik bagi yang belajar, dan berjaya alam pekerjaan bagi yang dah kerja, kali ni aku nak bebel pasal pertikaian mengenai hal ni. skop aku blogger dalam MALAYSIA jela tapi. keh3.



ayat aku ni kalau tak berterabur dalam satu entri, memang tak sah. aku bukan la nak kate apa, toksah la pandang jauh, orang sekeliling aku sendiri pun ada yang penah keluarkan dan lontarkan , "orang yang selalu mengadap menatang laman sosial ni bukanlah dari kalangan yang bijak pandai". aku rase nak cabai je mulut dorang.



bukan la apa, kita sendiri dapat tengok, sekeliling kita ni, kita ni, kalo aku dah sebut kita, yang baca ni mesti la blogger jugak kan, a'ah ni cerita kau dan aku. dalam kalangan kita ni, kebanyakan mereka nya berjaya dalam bidang akademik dan kerjaya. bukti yang cukup jelas, kita dapat tengok, FATIN LIYANA, seorang pelajar MALAYSIA yang melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran di INDONESIA. *apehal ayat aku nak skema jewww niew =.=



tak cukup lagi dengan tu, seorang model berjaya yang mengambil jurusan undang-undang di salah sebuah IPTA tempatan HANIS ZALIKHA. aip, ada lagi, pemilik blog realiti konspirasi, encik ZACK ZUKHAIRI yang pernah melanjutkan pelajarannya, kerja, belajar, kerja, eyh tak sure la aku,, tapi yang aku tahu, dalam bidang ENGINEERING *biar gempak sikit, kalau guna BI kat JEPUN.



dah, tinggal cite pasal blogger yang gelemer. sekarang aku nak cite pasal budak2 yang baru pas amek result SPM ritu. yang aku kenal dalam dunia maya ni. pehhh, aku akui laa, aku pun penah ade mentaliti yang kate dak2 blogger ni tak berapa nak pandai, tu sebab aku pun join blogging ni, maksudnye aku-bukan-budak-pandai, hakhak ! tup tup aku tengok, pehh, letup2 result dorang,, entah mane dorang kutip A banyak sangat, tak cukup 2,3 sekali 9,10 dorang tibai. hakhak !



gambar hiasan, bagi korang tak maigrain pandang tulisan je.




tak guna aku nak cite kosong, meh aku tunjuk buktinya. ni, budak AMIRAH ANORAH, sekali 8As die hangkut bawak balik umah,, pastu si FAREEZ ni plak, die hentam 9As weyy. okayy, korang otak hebat.eyh tak, otak korang hebat. budak dua orang ni takde la aktif sangat dalam blogging aku tengok, tapi si IFTI LARINA ngan SYED yang aku kira aktif ni, boleh tahan jugak result dorang weyy !




ade pe lagi yang macek pacek kat luar sane tak puas hati haa? tak cukup bijak dan berjaya lagi ke blogger MALAYSIA ni yang nak mengangkat nama dorang untuk banggakan negara kita masa depan nanti. *ape la aku mengarut ni. dan ade jugak la aku tengok antara2 kita ni, aktif dunia blog, dekan setiap tahun, setiap semester. tak cukup lagi ,, ade gak blogger yang study kat matrikulasi, uni yang gilaa kaw2 punya nama. yang dah kerja tu pulak, boleh tahan bagus2 position dorang. nahh, ape lagi yang tak cukup? ada plak blog yang mengamalkan konsep dakwah sebagai hala tuju blog dorang kan? lagi hebat punye orang. ape lagi, ape lagi?



ape lagi yang rakyat MALAYSIA nak pertikaikan lagi hal ni. eyh, ade orang pertikaikan ke? entah. hakhak ! memang tak ramai, tapi sorang bukak mulut, sume nak ikut cakap same. so, aku nak bagitahu jugak laa, yang aku pun sikit rasa bangga la yang aku pun turut serta dalam bidang ni. walaupun masih betatih, kot2 ada rezeki, blogger len plak cerita pasal aku, dalam entri dorang dua tiga tahun akan datang. hakhak !




bye.


*ade yang nak tanye tak, bape jam aku wat entri pendek ni? hakhak !*