IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

20 May 2011

LAKSA INSTANT by Chef Munigha

beb, pagi tadi gua bangun awal. gua bangun2, gua terus makan. okayy agak tak sopan sebenarnye, tapi tu rahsia gua kalau taknak tido balik. bila gua bangun, terus makan, gua jadi segar bugar. tapi hari ni gua bukan
nak cerita pasal bangun tido gua, gua nak cerita pasal  

CARA TERMUDAH MEMBUAT LAKSA .

tadi tengah hari, tengah hari tadi, gua belajar buat laksa ngan mak gua. sekarang gua nak korang2 fokus,, sebab gua nak share ilmu ngan korang ni. fokus, fokus !


ramuan :

1 tin - ikan sardin / mackerel.
4 biji - bawang merah
4 pokok - serai
belacan *kalau resdung, jangan gatey nak bubuh
3/4 periuk - air putih / air mati / air suam.
8 biji - cili padi *orang panggil biji ke haa?
daun kesum
asam keping
garam , gula *ikut tekak masing2



benda simple beb, orang bujang pun boleh buat. gua refer BUJANG LELAKI. bila gua dah refer BUJANG LELAKI *kenapa mesti capslock, munira? maknenya, takde alasan untuk BUJANG PEREMPUAN, tak reti nak masak. bagi sape2 yang tak pernah masak, ini permulaan bagi korang. *gua bajet macam pandai masak beno. hakhak ! okayy, dah cukup ramuan tu sume, boleh la korang bace bismillah :


  • blend 1 tin sardin/mackerel tu, sampai lunyai. selagi tak lunyai, tambah air. 
  • dah siap blend, tuang dalam piyuk.
  • yang serai, belacan, bawang merah, cili padi bagai tu sume,, blend kasi lunyai jugak. nak bagi smooth je proses blend2 ni, tambah air laa ye. okayy gua rase sume orang tahu tu -.- 
  • dah siap, masuk sekali dalam piyuk.
  • ate bile nye nak bukak api? boleh bukak api dah sekarang. hidupkan api, maksud gua. saje test korang.
  • okayy kacau sampai lebam, dah agak2 mendidih , tambah le garam, gula, aji-sampai-sudah-takde-moto, asam keping tu sume2 laa.
  • okayy done ! tu jela. senang. pastu makan la ngan mee laksa tu ea. tu jela wat masa ni. 


GAMBO TAKDE, GOOGLE SENIRIK !


OKAYYBYE

*gua makan 4kali. hambek kau. hakhak !*