IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

30 May 2011

penyelesaian bagi masalah tak cukup ketinggian untuk perempuan.



aku rasa macam menghina diri sendiri pulak bila taip POST TITLE camni,. okay first of all, aku taip entri kali ni, bukan nak merendah-rendah kan sesiapa yang memang dah rendah tu, especially kaum aku sendiri. no, gua bukan jenis manusia yang menindas kaum sendiri haa, cume bila aku tengah jemur kain tadi, aku macam pelik, kenapa aku tak boleh sidai kat bahagian atas ampaian tu?! jawab sendiri boleh? hmm sebab pendek, ye, aku pendek. bahasa yang lembut sikit, RENDAH :)




bila aku rasa camtu kan, eyh, aku terpikir, kalau la gua tinggi, macam senang je hati gua nak buat memacam. ye, aku redha dengan kejadian ALLAH yang menjadikan aku rendah, tapi kita boleh je kot menaiktaraf diri kita kan?. kejap. okay look, secara peribadinya, pandangan aku, aku rase perempuan ni perlulah tinggi. tinggi tu kalau bagi seorang perempuan, kira bonus la.



jap haa, aku tetibe rase nak share tips la untuk perempuan yang sama spesis macam aku, tak cukup ketinggian ni *pui ada hati lagi nak bagi tips.


  • bila nak bergambar sensorang ;  pastikan posisi korang, bukan dalam keadaan BERDIRI. okay yang ni gua selalu buat.
  • bila bergambar beramai-ramai ; amek port tepi sekali,, biar orang takde nak buat perbandingan sangat,, kalo naseb baik, gambo korang langsung tak masuk. habes cite.
  • bila tengah duduk atas kerusi tu kan, jangan malas-malas, duduk dalam posisi yang tegak,, baru lah kite duduk same TINGGI ngan makhluk2 yang ada "bonus" ketinggian tu. macam takde kaitan tetibe kan?
  • bila tengah lepak secara duduk kan, jangan duduk bersila, @ bersimpuh,, tapi duduk gaya orang jepun tu ,, ha kau, kat situ orang akan nampak, ASAL KAU LAGI TINGGI DARI AKU ?!
  • lastly, aku cadangkan, cari la kawan-kawan yang lagi kurang ketinggian dari korang, dari situ, korang akan lebih menyerlah ketinggiannya. nahh, puas hati ! <== ini cara paling efektif



bagi parents yang sedang membesarkan anak-anak, terutamanya perempuan, aku saran, tegas dengan anak korang, supaya bersenam dengan banyak, untuk menjadi seorang PEREMPUAN YANG MEMPUNYAI KETINGGIAN YANG IDEAL. bagi aku, ketinggian maksimum bagi seorang perempuan, cukup la sampai 168-170 je. tapi bila dah tinggi bebeno, aku pun pandang pelik je, aku rase. tapi macam aku cakap tadi, bonus la bagi mereka. ketinggian yang ideal, bagi aku, 165cm camtu.



bila perempuan dah sampai tahap ketinggian yang ideal, KADAR KEBERGANTUNGAN KITA dengan lelaki pun dah kurang. kan? pastu bila camtu, kita orang perempuan ni, takde la rasa annoying sangat. sikit-sikit nak mintak tolong orang lelaki. kang tak memasal aku rase dapat label mengada-ngada atas dahi. tapi no heart/hurt ye, bagi siapa-siapa yang panas ngan entri ni. sebab aku pun rendah. perlu ke aku ulang banyak kali? hmm dan balik kepada yang asal,




BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG ALLAH BAGI KAT KITE. 

ADA HIKMAH DI SEBALIK  SETIAP KEJADIANNYA KAN? 



sudahnya, itu jugak sebagai penutup. okay tak perlu nak tanya tinggi aku berapa, sebab aku rase annoyed weh bila cerita pasal ketinggian ni. kerdilnya aku di mata rakyat MALAYSIA. ape kena mengena? takde.


ingat haa, kalau boleh tinggi, tinggi la lagi. aku sekarang berdoa, biar la aku dapat pasangan yang lagi tinggi dari aku. sebab aku yakin dengan tentuan , bahawasanya, MANUSIA DIJADIKAN SALING MELENGKAPI. tetiba sangat cerita pasal jodoh. menyampah.




BYE

p/s : tapi kan, aku rasa, elok je kalo jadi orang yang kenit-kenit gitu. senang cari size baju, kasut, seluar