IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

06 July 2011

Wordless Wednesday dan Spontaneous Thursday punca entri blogger Malaysia jadi tak berkualiti ?





 " KALAU ADA TREND MACAM NI SETIAP HARI, MEMANG DAH TAKDE KUALITI 
ENTRI BLOGGER BLOGGER MALAYSIA NI."
said blogger XXXXXX



as salam korang. hari ni aku nak tulis berkenaan blogger. so kirenye blogger je yang paham entri aku kali ni. sebenarnye aku ni bukan jenis seorang blogger yang menulis entri yang hanya boleh dibaca oleh blogger. kalo boleh, aku nak cerita something yang bukan blogger pun boleh baca., tapi as a blogger, aku mengikut trend perubahan blogger kat malaysia ni jugak. comment di atas ni aku terima untuk entri aku yang sebelum ni. trend #WW ngan Spontaneous Thursday ni dah mula menular aku tengok. #WW ataupun Wordless Wednesday ni mula dilancarkan bulan akhir bulan lepas tak silap aku. dan Spontaneous Thursday pulak baru dari si #WW. ape jadah menda dua tu?



Wordless Wednesday :
bagi yang tak tahu,, #WW ni cam kempen la lebih kurang. setiap rabu, blogger akan publish gambar tanpa sebarang description. dalam gambo tu, kire ade mesej tersendiri laa. yang akan menjelaskan ; commentar2.


Spontaneous Thursday :
menda ni pulak kalo dalam pemahaman aku sendiri , kita spontan menulis entri kita, tak kira in malay or english, asal kan, entri kita tu ringkas, dan juga menyampaikan mesej. dibuat setiap hari khamis.




persamaan kedua benda alah ni, ialah ADA MESEJ yang disampaikan . cume yang jadi hal nye sekarang. ade la seciput pihak yang tak berpuas hati dengan kualiti yang ada dalam entri berkenaan Wordless Wednesday dan Spontaneous Thursday. tapi bagi aku sendiri yang buat entri pasal benda alah ni, aku tak terasa pun. sebab lain orang lain pendapat. bagi aku sendiri, #WW ngan Spontaneous Thursday ni memang ade sedikit sebanyak memberi kesan kepada blog tu sendiri. tapi tahu tak korang, yang kedua2 kempen ni ( kempen ke? aku main sebut je. HAHA ) ade kebaikan nye.



PERTAMA :
cara ni bagi blogger yang takde mase / pemalas tu, yang susah nak taip entri tu tak biarkan blog dorang terabai tanpa sebarang update. pastu bila ade nye #WW ngan Spontaneous Thursday ni sekurang2 nye terupdate jugak la dorang nye blog. kann? cara ni sekurang2 nye dah memudahkan mereka untuk terus blogging.


KEDUA :
dengan ade nye kempen ni, penyampaian mesej dapat dibuat dengan cepat. kekadang, kite ni syok je menaip panjang lebar, tup2, ape yang kite nak cuba sampaikan, tak masuk dalam otak readers pun. ini pendapat aku laa. aku xmarah aih. aku cool je. #WW , hanya dengan gambar, orang boleh paham ape yang kita cuba nak bagitahu. tapi kita yang buat #WW ni, jangan le letak gambo pepelik plak.


KETIGA :
cara termudah nak membuatkan BLOGGER-YANG-SUKE-TAIP-PANJANG-LEBAR untuk menaip dengan lebih ringkas, dan selalu mengupdate blog mereka. dengan ada nya #WW dan Spontaneous Thursday yang dibuat dua hari beturut-turut cam bagi pengajaran ( konon ) kat blogger yang suke taip panjang lebar, dan consider kan 1entri untuk seminggu.



kita ni blogging, biarlah secara positif. cam biasa, kat mana kita berdiri, tempat tu la kite kena sokong. kita sebagai blogger, kita sokong la blogger / geng2 kita. jangan simpan dendam dalam hati k. aku juga seorang blogger. dan menulis di dalam blog, dah kire cam sebahagian aktiviti masa lapang aku. dan kalo boleh, aku nak aku menaik secara konsisten dengan usaha aku sendiri. bukan naik sebab orang, ataupun entri2 yang tak munasabah. aku menyampaikan bagi pihak aku,. lain orang lain pendapat, kan? harap takde laa menyinggung mana2 pihak.




OKAYYBYE