IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

03 September 2011

aidilfitri 2011

tengah demam ( takde sape tanye )



selamat hari raya ke lima semua >.< sekejap sangat dah aku rase raya ni berlalu. macam baru 2 3 hari lepas je aku balik umah ni. ni esok dah kena balik shah alam balik. dan tulat, kelas berjalan macam biasa. macam biasa. eh lagi tak sangka nye, minggu depan minggu kelapan kuliah aku semester5 ni. OMG. cepat gile mase berlalu. BERLALU lagi. bahasa nak perfecto je kan? HAHA raya tahun ni, banyak kelainan kepada kami sekeluarga. sekeluarga, sanak saudara dan semuanya. macam aku belajar sekolah rendah dulu, kalau mak abah akak adik tu panggilnya KELUARGA. kalau ada melibatkan pakngah paklong makteh makusu sepupu dan sebagainya pula disebut KELUARGA KEMBANGAN. pernah dengo tak? penat dah aku explain ni -,-



raya tahun ni, raya ketiga aku berada di rumah baru. takde nak baru sangat kalau dah 3tahun duk sini kan :P plus, dah 3raya eh 3raya 3tahun laa. kbai. raya tahun ni raya pertama kumpulan baraan datang ke rumah aku. punya laa lame nak nunggu woyy. janji nye abah aku " HABES ORANG BARAAN TU DATANG UMAH KITE, KITE BALIK LAA KAMPUNG " okayfine, kul11.30 am baru dorang sampai umah aku. umah keberapa tah umah aku ni. 6 kott. entah. dah kemas punya kemas, kul4 baru gerak ke kampung -,- malam baru sampai. oh ye, kampung aku kat perak. selalunye memang tiap2 raya , tak kira raya ISLAM ke, raya CINA ke, raya INDIA ke, memang KAMPAR perak laa kampung kami hehehe :)



kenapa tah gambo ni blurr. eh menyampahnyewww



tahun ni gambar raya tak banyak,, tumpuan hari raya bertukar kepada tumpuan kenduri tahlil. tepat jam 1.30pm raya kedua , opah kesayangan kami semua meninggal dunia. dihadapan mata kami. arwah menghembuskan nafas terakhir dengan tenang akibat sakit tua. kami bersyukur semua urusan diselesaikan dengan mudah hanya mengambil masa 4jam . alhamdulillah juga, dengan pemergian arwah ni, kami semua dapat dukumpulkan dalam masa yang singkat. 11 daripada 12 anak beliau dapat memberi tanda hormat terakhir kepada arwah opah. dan aku, bersyukur lagi sekali, sebab dapat memanfaatkan saat ini dengan mempelajari cara pengurusan jenazah dimana aku jadi salah seorang yang menguruskan jenazah opah aku walaupun hanya dalam upacara mandi dan penyusunan kain kapan untuk arwah.



semoga arwah opah berada dikalangan orang-orang beriman

al-fatihah.