IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

16 September 2011

it's BARRA time (RESTAURANT REVIEW)



as semua orang tahu, di shah alam ini, banyak tempat makan yang bersepah. merata. dunia makanan la kat shah alam ni, tahu? kalau ada yang kata kebuluran kematian bila tinggal kat shah alam ni, menipu besar. sangat menipu. jangan kata kedai makan cikai, kedai makanan ringan, berat , ikan bakar, semua ada. MAMAK? lagi melambak. tapi nak dapatkan mamak yang best dengan makanan yang banyak jenis dan pilihan, memang susah sikit la. aku memang seorang perempuan yang layan kedai mamak je. gasak laa weh. belum cukup mampu pun nak makan kat Fish Market Manhattan, TGI Friday, Johnys , Harrods Cafe, semua tu. blergh.



kata student, memang jadi kebiasaan untuk aku merayap ( aku je jenis student yang suka merayap, student lain baik. ) ke tempat makan yang jauh sikit dari rumah sewa aku sendiri kalo keesokannya kelas lewat. eh entah, kadang-kadang kelas esoknya tu awai pun aku tibai je merayap jejauh. teruk much, right.? rumah sewa aku kat ttdi shah alam, ( aku memang suke nak bagitaw sume orang kat mana rumah sewa aku HAHA, ) dan kat sini dah cukup melambak kedai makan nye. dengan kedai mamak nye sane sini. kann? tapi still bosan gak. over pula.



BARRA is the best mamak after SHAAZ kat tempat aku ni. yang shaaz ni memang takde tolok banding lagi dah sebabnya daripada sem dua aku duk bantai makan kat situ je kan? pekerja situ pun dah kenal aku sangat dah. HAHA dah macam membe-membe. mamak situ pandai jugak, tahu je yang kitorang ni student yang ada kelas. bila lepak lama sikit je, " esok xda klass kaa? " gituu tanya nya. HAHA but then kedai tu tengah renovate, bila nak siap pun aku tak tahu. dah dekat dua bulan. jadinye aku berpindah ke BARRA kat section7 !



apa je best kat restoran ni, yang buat aku nak datang lagi, nak datang lagi ;


1. kelapa susu blended. terbaik dari ladang la. since, pertama kali aku cuba kelapa susu blended ni kat BARRA, so kat situ jela paling sodap. HAHA boleh?
harga : rm 3.50


2. naan cheese. punn same terbaik. eleh bagi aku ni tolak batu ngan pasir je. takpe, kite bedal je selagi mampu. ye dak? HAHA
harga : rm3.00


3. masakan thai. its something like, makanan goreng-goreng. bahasa orang muda. ala carte cakap jawanya. harga reasonable la. camtu je aku review, boleh? kbai hihi



4. lempeng pisang. pun ade ! HAHA kelakar ko tahu? okay tapi sedap. first time aku mai barra ni, aku ngan akak aku n cousin. bergaduh nak lempeng ke nak naan cheese. at last order dua-dua. tamak haloba kan?
harga : rm2.00 ( lempeng kelapa pun ada )



so far, yang benda ni jela aku boleh buat review. kalau nak, pergi la sendiri. korang menapak je kat seksyen 7 shah alam, kat belakang KFC tu ade kedai banyak2, carik laa BARRA. corner lot. okay dah cukup detail aku bagi ni. HAHA aku dah rekemen kat CIK HANIM, die pun kata sedap. nomnomnom



kalau kena rezeki korang korang kena barrarized. tahu ape tu? korang makan ramai-ramai, sekali tokey kedai datang, cakap nak bayarkan semua. means dia belanja la. kalau rezeki berlipat ganda macam sampai berlipat dagu, dapat la muka korang masuk FB page BARRA kat SINI :)



sekian,
TERIMA KASIH, BYE.