IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

18 November 2011

jenis permainan yang wujud pada zaman persekolahan.



hai semua. hai adik-adik yang tengah cuti sekolah. hai pelajar-pelajar IPT yang tengah cuti sem.


hari ini gua tetibe teringat zaman sekolah. zaman sekolah yang entah ape-ape tak matangnye. malu je bila ingat balik. tapi jauh dalam lubuk hati, nak balik ke zaman sekolah. 


nak pakai baju sekolah, - tiap-tiap pagi, sebelum pergi sekolah minum milo, salam tangan mak abah. cium pipi mak. balik sekolah pulak lumba-lumba basikal ngan geng basikal. 



tapi yang paling tak boleh luput dari ingatan ialah, permainan yang pernah direka-reka waktu zaman sekolah. dari tadika 6 tahun hingga tingkatan 5. ada je game yang dicuba buat hilang masa bosan. dari tak pandai, terus jadi pandai.



betul tak?



permainan longkang

tempat / waktu bermain : biasanya permainan longkang ini dimainkan pada waktu rehat. sebab waktu rehat laa kena turun bawah ( kalau kelas kat tingkat 4 ) yela, sebab kat bawah je ade longkang yang muat kaki. tak tahu la plak kalau ade sekolah yang longkang nye dari ground level sampai tingkat 17 ade longkang tiap-tiap level kan? =,="

cara dimainkan : tahu permainan longkang camne? yang masukkan kaki kiri ngan kanan gilir-gilir. lawan ngan member, lagi ramai lagi bagus. sape paling laju dan lama bertahan, dialah JUARA ! yeah. kalau nak lagi seronok, + lagu. caraaaaaa.

kecekapan fizikal / mental yang perlu ada ketika bermain :  110 %

peratusan penat lepas bermain : 90 % ( masih boleh masuk kelas lepas main. jangan ponteng kat toilet ha ! )

golongan pemain majoriti : PEREMPUAN






permainan lawan pemadam :

tempat / waktu bermain : yang ni boleh dimainkan dimana-mana + waktu cikgu mengajar. tapi kalau terlalu fokus, aku tak jamin laa sehingga boleh abaikan pelajaran cikgu yang tengah mengajar kat depan. kott.

cara dimainkan : dengan kehadiran dua orang player je dah boleh main. means kena ade 2 pemadam, AT LEAST. kalau ade satu je pemadam, ( garu kepala ) main laa ngan angin. pemadam kite, kena tindih pemadam lawan. tapi lagi best kalau kite main mula dengan jarak yang jauh. lagi semangat nak gerak kan pemadam, dan berdebor-debor je hati nak sampai kat pemadam lawan. gitu ~

kecekapan fizikal / mental yang perlu ada ketika bermain : 80 % dah cukup kott.

peratusan penat lepas bermain : tak sampai 10%. kalau lebih, kau over. HAHA

golongan pemain majoriti : LELAKI.






permainan cop tiang :

tempat / waktu bermain : sekali lagi ianya hanya boleh dimainkan ketika waktu lapang bila berada kat ground level sekolah @ tempat yang ada tiang. tapi ingat,! kena pakai baju sekolah / baju PJK sekolah. SAHAJA ! at least, orang tahu " OHH BUDAK SEKOLAH " so kau tak kan malu. sebab " BIASALAH BRO, NAMA PUN BUDAK "

okay ni bayangan yang ada dalam otak gua. hargai lah.


cara dimainkan : at least 5 orang pemain. 4 tiang terlibat - 4orang ade tiang, yang lagi sorang, kena fight untuk dapat kan tiang waktu 4 orang lagi tu, main tukar2 tiang sesama dorang. camni carta alir nya - 5 orang players > 4 orang ada tiang > 1 orang takde tiang duk cengang2 kat tengah > game start, players 4 orang main tukar2 tiang > yang tengah tu kena berebut dapatkan tiang waktu dorang tengah tukar2 tiang tu. conclusion nye same cam main rebut kerusi tu. senang cite -,-

kecekapan fizikal / mental yang perlu ada ketika bermain : 50% kalau hati tak berdebar

peratusan penat lepas bermain : 60% . akan jadi 80% kalau main sambil jerit-jerit

golongan pemain majoriti : PEREMPUAN. akan kelihatan seperti LELAKI kalau tersalah pandang.







exam week. otak tepu , minda beku untuk lamans lamans sosials






OKAYYBYE