IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

21 June 2012

Guardian Itu Bukan Kedai Serba Ada.





ramai orang tak tahu yang sebenarnya Guardian dah ada jajan-jajan bagai. ( jajan itu keropok + gula gula + coklat bagai bagai ) . dan disebabkan perosak ini ( jajan ) Guardian mula di salah ertikan sebagai premis yang turut menjual roti, mayonis, ais batu, dan pembalut hadiah. ohh tambahan,, pemotong wayar elektrik juga,,



SITUASI PERTAMA.


seorang uncle berbangsa India merayau-rayau seperti mencari barang yang nampaknya seperti susah untuk dijumpai . SUSAHNYE SUSAHNYEEE . dan dengan baik hatinya aku menghulurkan bantuan.


guwa : yess uncle, carik apa ye?
uncle : ( buat muka bajet sambil tekan-tekan fon call bini die. aku rase lah bini die . rase jelah pun. haha sebab die berbahasa tamil on the phone. tak, aku tak paham bahasa tamil tq.  )


5minit kemudian....


uncle : i'm looking for shampoo. where is it?
me : ohhh. come here uncle. ( kemain speaking aku. haha eh ) uncle nak shampoo apa?
uncle : rejoice. warna merah.
me : okay,, lagi?
uncle : ( seperti memikirkan sesuatu ) what else haa? emm mayonis ade tak?
me : takda. ( muke serius )
uncle : ohh takda ye? ( ketawa )
me : ( err kelakar ke uncle? -,- )



SITUASI KEDUA.


ditempat cashier, aku menge'scan' kesemua barang yang sorang customer tu beli. to make it easy, i titled him as pakcik lah. sebab nak kate 'abang-abang' geli pak aih membahasakan title tu. tua je nampak. lantak situ, bukan main subject kite. kite nak cerita pasal ais batu !


me : semua sekali sembilan belas ringgit dua puluh sen ( penat mengeja kan? boleh je aku letak RM 19.20,, tapi saje nak menaip. RAJIN SANGAT )
pakcik : okay nahh ( hulur dua puluh ringgit. ) kat sini takde jual ais batu kan? ( sambil mata usha sekitar kedai )
me : takda. Seven Eleven ade. sini Guardian. baki lapan puluh sen. terima kasih datang lagi.



SITUASI KETIGA.


seorang kakak membeli kemain banyak barang. dalam hati aku "best kalau tunggu resit keluar ni nanti ni". dan bila aku scan barang banyak2 camtu, aku akan konon-konon mesra rakyat lah dengan customer. jadi mak jemah sampai habes barang di scan. haaa, kau.!


me : banyaknye barang akak,, untuk bape lame ni? hehe
akak tu : senang sikit dik, tak payah nak keluar banyak kali. lagipun cuaca sekarang panas pot pet pot pet pot pet ( 2minit )
me : ohhh haaa betul lah tu. hehehe
akak tu : aah dik.
me : okay ni barang akak.
akak tu : sebenarnya akak carik pembalut hadiah. sini ade jual tak?
me : takde kak. kat kedai buku belakang ade. nak saya tunjuk jalan.
akak tu : heheh tak pe tak pe.
me : ( bagus kalau paham ) terima kasih kak, datang lagi.



TERIMA KASIH, BYE.


+ aku pernah tulis pasal Guardian barang mahal
sudahnya kerja Guardian jugak aku. amek kau.