IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

20 April 2013

Diploma, Matrikulasi, STPM? brief explanation.



assalamualaikum adik-adik yang baru lepas ambil result SPM.! 
(ceh intro sangat mesra pembaca)



mesti agak kebingungan nak pilih haluan kan? 


walaupun dah buat pilihan, tapi masih ragu-ragu kan?


lets akak give you sikit pencerahan.



DIPLOMA
: diploma ialah satu tahap pendidikan dimana jika anda berjaya habiskan dengan cemerlang/kurang cemerlang samaada cepat/lambat (extend semester) bila dah grad, dengan sijil Diploma itu, insyaALLAH akan ada pekerjaan untuk adik-adik. tak  kira lah SPM adik-adik macam mana, once adik-adik habes Diploma , adik boleh pergunakan Dip untuk mendapat pekerjaan yang boleh tampung sara hidup. which one is better,, diploma Universiti or diploma Politeknik? kalau ada masa i'll explain in my next entry. okay durasi untuk diploma 3 tahun. 4 tahun kalau extend semester. dan i myself is diploma holder. tapi tak kerja lagi lah sebab sambung degree.


e'ele siapa tanya?



MATRIKULASI
: the shortest term studies nak dibandingkan dengan Diploma. konsep nya same dengan asasi. cuma nya asasi ber'environment' university,, sementara matrikulasi pulak masih lagi dalam 'environment' sekolah berasrama . dan durasi pengajiannya berdasarkan kehebatan adik-adik punya SPM. kalau setahun kiranya macam "hebat pak hang !" kalau 2 tahun tu maksudnya memang rezeki dia dapat matrikulasi lah. ataupun ikut stream ape yang diambil. either PURE SCIENCE or PHYSICAL SCIENCE. ( sila rujuk sumber lain kalau tak yakin ye ) apa jadi kalau kantoi, sangkut? yes. soalan yang bijak. kerja masih boleh dimohon, tetapi guna kelayakan SPM adik-adik ye. masih ada kerja. jangan risau.



INI LAH GHUPENYE KELAS KAT MATRIKULASI. ( KONON )


STPM
: the hardest exam in the world ( pandai-pandai je aku ). kalau sambung degree memang budak-budak STPM akan dipandang tinggi. dia macam ni lah lebih kurang situasi nya " hai, dari matrik mana? " " nope, saya STPM. " " whoaaaaaaaaaaaaaa like seriously STPM? " mulut ternganga 2minggu nak menyatakan hebatnya STPM tu. memang susah sikit lah STPM ni. tapi jangan risau, lepas habis STPM , mohon kerja guna lah sijil STPM tu. level lebih kurang Diploma. cuma lagi susah dan kena struggle. durasi, 2 tahun. jimat setahun daripada Diploma.


short and simple explanation. harap-harap membantu dalam memberi pencerahan kepada yang gelap gelita lagi tu. LOL. think wisely adik-adik. rancang lah masa depan elok-elok. tak salah berangan, tapi jangan tak usaha.


additional notes ; kadang-kadang dek kita terlalu tergesa-gesa nak sangat petunjuk ALLAH, kita lupa yang solat istikharah kita tu berbaur 'tidak ikhlas'. oleh itu, kalau boleh buat lah banyak kali, untuk petunjuk yang lebih jelas. insyaALLAH u'll find your way ( turn on Maher Zain's song, dengar sampai habis ).






sekian,
with love, KAKAK Munira . atotototo.

bye.