IMPORTANT ! menulis atas pengalaman sendiri. kepincangan info dan fakta amatlah dikesali.

02 November 2014

" mana ada ayah, mak pun takde "


seawal jam 6.40 pagi kami memulakan perjalanan ke Rumah Anak Yatim & Miskin Nuriman Tanjung Lumpur. Pagi itu Abang Wan merangkap penasihat kelab In-Smartive mengingatkan kami tentang 15 hari sahaja lagi untuk kami bersiap sedia. projek pertama dengan kelab ini. jujur, aku berdebar.

PROJEK TITIK SENTUHAN @ KEMBOJA. this projek not as simple as stated. mengajar bahasa Inggeris di salah sebuah sekolah tahfiz di sebuah daerah di Kemboja. maka harini dengan membuat program di rumah ini boleh dijadikan kayu pengukur untuk keadaan yang bakal kami tempuhi disana. sneak peak. rehearsal.

mengajar pelajar Tahfiz yang memang tiada basic seperti pelajar sekolah biasa. pelajar sekolah kebangsaan. yang mana asas pembelajaran dan pengajaran di sekolah tersebut lebih kearah keagamaan. susah.

jam 7.50 pagi kami tiba di perkarangan rumah tersebut. kami dibawa ke dewan sebagai tempat untuk memulakan program ini.

" nama siapa? "
" firdaus "
" kamu? "
" aiman "
" saya mahazir "

dialog ringkas aku mulakan setelah pembahagian kumpulan telah pun dibuat. mereka masing-masing berumur  tingkatan satu dan darjah enam. perbualan agak kekok memandangkan mereka sudah pun mencecah tahap umur remaja. pergerakan juga ada batasan. setelah melakukan beberapa latihan, tarian dan pergerakan ( disebut sebagai refreshment ) kami diminta untuk mengambil pelajar tahap dua sekolah rendah sahaja memandangkan ada program bertindih yang memerlukan pelajar sekolah menengah ini.

kumpulan baru terhasil. daniel, saufi dan afiq. tiga pelajar yang boleh dikatakan pasif berbanding pelajar lain. mereka mempunyai kebolehan, tetapi mereka tidak sukakan perhatian yang melampau. cukup sahaja kami mengajar mereka didalam kumpulan kecil. tampak senang dimata mereka.

mereka masing-masing berumur sepuluh dan sebelas tahun. bagi afiq, dia serba tak boleh. bila dipaksa, setelah dua kali percubaan, terkeluar juga perkataan "tak tahu" daripada mulutnya. daniel juga begitu. namun tidak bagi saufi. dia pelajar yang suka mencuba dan suka diberi peluang. setiap kesalahan yang dilakukan daniel dan afiq, ingin saja dibetulkan dengan pantas.

kami sempat mengajar mereka untuk mengenal nombor, 1-10. memperkenalkan diri mereka. "my name is afiq" "i am ten years old" "i come from Malaysia" walaupun kelihatan mudah, bagi mereka ayat ini sungguh susah untuk dihadam. namun akhirnya alhamdulillah kami boleh buat mereka bercakap dengan sebutan yang betul.

" can i have some peanuts?"

ayat ringkas, padat dan cepat yang kami berikan kepada mereka dan mereka berjaya mempraktikkan nya untuk mendapatkan kacang yang dipegang oleh salah seorang fasi. setiap daripada mereka perlu menggunakan dialog ini untuk mendapatkan kacang tersebut.

lucu melihat mereka beratur dan menghafal ayat tersebut hanya untuk mendapatkan kacang. tiada niat langsung untuk kami mempersendakan mereka. ini salah satu pendekatan yang kami gunakan untuk membolehkan mereka belajar dalam masa yang singkat.

jam 11pagi program berakhir. selepas sesi bergambar, aku terpanggil untuk bercakap dengan seorang pelajar yang dikira aktif dalam kumpulannya. mawi ( kalau tak silap ) . dia cepat tangkap dalam pembelajaran sebentar tadi. tidak seperti kawan lain, beliau suka diberi perhatian tetapi masih dalam keadaan rendah diri.

" macam mana belajar English? "
" seronok. saya suka "
" awak memang pandai pun akak tengok. siapa ajar ? "
" takde siapa. "

------------ terdetik hati ingin bertanya soal status nya-----------

" dah lama ke kat sini? "
" sejak darjah dua" ( sekarang darjah 4 )
" siapa hantar ke sini? ayah ke? "
" mana ada ayah. mak pun takde "

jadi aku tahu status nya disini ialah anak yatim. memandangkan respons nya yang agak bersahaja dan tiada kedengaran nada marah, aku cuba untuk bertanya soalan seterusnya.

" habis siapa yang hantar sini? "
" makde "
" oh mak uda? "
" aah. akak nak tahu sebab apa mak ayah saya meninggal? "
" ha? "

aku sedikit berdebar. tapi aku mengambil kedudukan yang betul memandangkan dia sepertinya berminat untuk berkongsi "cerita" tersebut dengan aku. sedikit sebak dalam hati aku. tapi aku cuba untuk berlagak sangat berminat mendengar cerita dia.

" eksiden. abang kata ada waja langgar dorang "

perbualan kami terhenti disitu apabila dia ditarik fasilitator lain untuk sesi bergambar berkumpulan. kami mengemas semula bilik darjah tersebut apabila pelajar mula beredar. di sudut kelas , mawi masih berdiri dan menguis kertas ditangannya. sticker bintang.

" mawi amek la. dah pegi turun makan "

dia masih statik disitu dan berusaha untuk membuka satu pelekat tersebut.

" akak nak? letak dekat fon akak "

tangan aku penuh dengan beberapa benda ditangan waktu itu. tanpa berlengah, aku menghulurkan jam aku,

" lekat kat sini lah. takpe lekatkan je "

dia melekatkan sticker bintang tersebut. alahai comel.

" akak amek la ni ye. kalau saya pegang pun, nanti buang sebab saya tak guna pun benda ni. okay bye akak "

ya, ini bukan pengalaman pertama aku mengajar atau mengadakan program bersama budak sekolah. tapi ini kali pertama aku mengajar perhatian salah seorang pelajar dan dia sudi berkongsi cerita peribadinya dengan aku walaupun ringkas. tapi bermakna.

mawi, semoga kita berjumpa lagi.

24 May 2014

an ordinary student's story.



hi everyone.



being a university student not as easy as you thought. yes is not easy at all. but, once we take it easy, we'll happy go through all the obstacles that might be 'ruin' our life. terutamanya student degree. to be frank i myself never wish to continue my study till this level ( degree of bachelor ). alhamdulillah im here, dan insyaALLAH nak masuk tahun tiga dah (yeayyy !) . UMP bukan universiti yang calang-calang. benda nak cerita sekarang ni, UMP hebat, dan student tak semestinya hebat ( dibaca student sebagai Munira )



first year kat sini, sedikit kesusahan nak sesuaikan diri. environment makanan. environment orang pantai timur . environment universiti yang agak berbeda dengan politeknik shah alam ( zaman diploma ) which masa dan jarak untuk kemana-mana adalah dekat. kemana-mana means tempat makan sedap, bandar, mart, giant hypermarket, etc. tapi kalau you're the one who loves to study away from kesibukan bandar, UMP pilihan yang tepat. either UMP Pekan or UMP Gambang.



and do you believe, untuk involve dalam apa-apa aktiviti i'll inform my parents. im that type of daughter. kalau boleh semua benda aku nak cerita. untuk dapat berkat to be exact. at first, my parents dont have any interest to hear for my explaination about the activities that i'll involve (ni waktu tahun pertama la, since result boleh tahan macam orang tak belajar apa).


Civer Bridge Competition - first place kot hee

Larian Amal Penyayang, Ump Pekan 2014

Chinese Culture Night

Chinese Calligraphy Class

Larian Amal MPP, 2013

Sukaneka Kolej Kediaman Satu

Trekking Air Terjun Berkelah


AGM Kelab Karisma

Survey Camp, Pangkor

Volunteer 3on3 Bola Keranjang IPT , 2013

Survey Camp, Pangkor

Volunteer Piala Jemputan KPM - UMP


 *motif sangat nak letak caption kat semua pic herher


tapi bila dah masuk semester dua, (first year) results naik sikit. sikit je blerghh. dengan penglibatan activity universiti, mak abah macam dah mula suka if im inform them i'll go there and there. and mak abah never dissapoint me if i'm asking for something (termasuk nak ke jepun last sem tapi tak jadi ) . gile surprise. tapi tahu dah la, once they can give me everything, i've to put a lot of effort to not dissapoint them in future. (kena bagi result gempak la cite nya. fuhh)



masuk tahun kedua , dah boleh sesuaikan diri with all the environments stated above . cakap pantai timur dah boleh faham sikit. KOT. tahun dua dah shine bright like a diamond sikit lah. (kahkahkah) banyak activity aku involved. dan alhamdulillah, i've enjoyed with all those activities, since aku involved sebab atas kemahuan sendiri (selain nak kumpul merit untuk terus stay dalam kolej kediaman) .



kebanyakan activity yang make me enjoy a lot, something yang melibatkan team work la. volunteer, fasilitator, exco for some events. best best. tapi penat toksah cerita la. dengan project yang bersepah every week. memang serius penat. siapa kata civil engineering senang. (sangat tiba-tiba nak cerita pasal study)



dan sekarang, final exam just around the corner. berdebarnya ALLAH saja tahu. sebab most of courses that i've taken adalah year 3 punya, dan tough boleh tahan. tengok sahaja result nya shine bright like a diamond ke idak nye nanti. bengkok tulang buat project, kejar activity all other stuff included. dan cuak jugak nak jadi third year students. insyaALLAH two programmes awaiting for next semester. wuhu wuhu



sekian luahan hati.


BYE.